Selasa, November 15, 2016

Dua Kali Lupa Lirik; Ameng Spring Hairan Masih Kekal Dalam Gegar Vaganza!




Vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng berasa hairan kenapa dia masih terselamat daripada disingkirkan daripada Gegar Vaganza 3 (GV3) walaupun melakukan kesilapan lupa lirik ketika mengadakan persembahan.

Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 47, berkata, dia menjangkakan namanya akan diumumkan sebagai peserta tersingkir malah sudah bersedia meninggalkan pertandingan itu.

"Saya sendiri pun hairan kenapa saya masih belum tersingkir walaupun sudah dua kali saya buat kesilapan lupa lirik sebelum ini.

"Sebenarnya minggu ini saya sudah agak akan terkeluar kerana kesilapan lupa lirik tetapi nampaknya rezeki saya masih di sini untuk bertanding," katanya kepada mStar Online.