Isnin, November 07, 2016

Doa Buat Kekasih Hampir Singkirkan Azharina Daripada Gegar Vaganza 2016



Kadang-kadang kasihan juga tengok peserta Gegar Vaganza. Yalah, ada yang dapat lagu elok ngam, ada juga dapat lagu yang biasa.

Contoh paling baik lagu Doa Buat Kekasih. Lagu asal nyanyiat Khatijah Ibrahim dan Ramli Sarip tu memang best. Tapi yalah, untuk konteks pertandingan macam mana lagi nak bawakan lagu yang slow dan steady tu dengan aura yang luar biasa?

Takkan nak bagi jadi rock kot?

Bagi Muz, Azharina dah bawakan lagu tu dengan agak baik. Cuma mungkin sebab vokal semula jadi Azharina agak kasar dan besar menjadikan komen juri tetap yang juga empunya lagu tersebut dilihat tidak memihak kepada Azharina, sehingga berada pada tahan Bottom 3 pada Konsert ke-4 Gegar Vaganza 2016.

Sebaiknya, pada masa akan datang tak perlu kot bagi lagu-lagu yang menjadi milik asal juri kepada peserta pertandingan. Rasanya, tak ada juri yang nak 'mengaku' dia 'kalah' dengan persembahan lagunya sendiri yang disampaikan penyanyi lain, di hadapan matanya sendiri! Hahaha...