Ahad, November 06, 2016

Diana Danielle Ke Mahkamah Syariah; Rumah Tangga Bergolak?



Baru-baru ini, rumah tangga Diana Danielle dan Farid Kamil dikatakan goyang apabila Diana dikatakan hadir ke Mahkamah Syariah pada minggu lalu. 

“Perkara itu memang benar, tetapi untuk apa, ia terlalu peribadi untuk dinyatakan. Usia perkahwinan kami masih terlalu muda. Empat tahun berkahwin belum cukup untuk saya dan suami mengenali satu sama lain secara mendalam. Kadang kala, perselisihan yang berlaku menyebabkan saya terlebih emosi,” katanya kepada Berita Harian Online.