Rabu, November 16, 2016

Demi Allah, Saya Tak Minta Astro Tukar Lagu - Nora




Isu perubahan lagu yang bakal dinyanyikan oleh Nora dalam Konsert Ke-6 Gegar Vaganza 2016 terus mencipta buah mulut dalam kalangan pengikut program realiti hiburan berkenaan.

Nora yang sedar perkara berkenaan tampil menulis di laman Facebook miliknya!

 Jelas Nora,

"Demi Allah, saya tak minta Astro tukar lagu.  Saya ikut saja apa yang dipersetujui.  Genre apa pun saya Ok sebab ini memang format pertandingan.  Harap semua faham."

Status tersebut telah mendapat perhatian daripada peminatnya.  Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Nora untuk meneruskan perjuangan walau lagu apa sekali pun yang diberikan.