Khamis, November 10, 2016

Cantik Memang Cantik, Tapi Suara Out! Pelakon Kritik Nyanyian Elly Mazlein Di Gegar Vaganza 3!



Selain Ogy Ahmad Daud yang menulis pada ruang komen salah satu postignya di Instagram dengan ayat "Dia memang patut keluar" yang ditujukan kepada Elly Mazlein, pelakon Anita Baharom juga bertindak sedemikian di laman sosial akaun Facebooknya!

Menurut Anita, apa yang ditulis itu sekadar pendapat dan pandangannya sebagai penonton.

"Saya tak menonton pada malam konsert itu. Cuma saya terbaca banyak komen mengenai penyingkiran Elly termasuklah banyak yang menyalahkan Datuk Ramli MS. Apabila menonton siaran ulangan, baru saya faham.

"Jadi saya pun menulis berdasarkan apa yang saya nampak. Malah saya tak rasa pun status yang ditulis itu salah.


"Lagi pula sebagai penonton yang mengikuti GV3, saya ada hak untuk melontarkan pendapat. Tidak sedikit pun status itu berbaur peribadi meskipun suami saya salah seorang penerbit di Astro," katanya kepada Harian Metro.