Selasa, November 08, 2016

"Bercuti, Belanja Mewah Sebab Saya Mampu!" - Che Ta



Gaya hidup Rozita Che Wan sekeluarga yang bercita rasa tinggi memang sering menjadi bualan netizen. Kepada Utusan Online, Che Ta berkongsi kisah tentang perihal gaya hidup mewahnya.

“Perumpamaan ukur baju di badan sendiri itu kena dengan diri saya. Jadi tidak salah kalau saya berbelanja mewah jika semua itu mengikut kemampuan saya. Dan tidak salah juga kalau saya mengetengahkan konsep sedondon dengan anggota keluarga pada setiap percutian kerana itu juga pilihan saya”

“Hinggakan terpaksa mengemas baju seharian untuk memastikan tema pakaian kami anak beranak semuanya sama juga saya tak kisah. “Sebab kalau kita mahu semuanya sempurna maka seseorang itu perlu berkorban. Yang penting adalah kepuasan diri,” jelasnya.