Jumaat, November 11, 2016

Amyra Rosli Janji Akan Jaga Amar Baharin Dengan Penuh Kasih Sayang



Sedang menghitung hari menunggu hari bahagia, pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli pastinya menyimpan debaran seribu satu rasa di dalam dada.

Dalam satu temu bual ringkas bersama Hlive pada majlis berinai yang berlangsung semalam di kediaman aktres tersebut, Amyra Rosli berjanji akan menjaga bakal suaminya dengan penuh kasih sayang sebaik saja bergelar isteri kepada aktor Amar Baharin.

“Waktu Amar merisik, saya terima dengan rela hati dan seikhlasnya untuk menjadi suri kepada Amar Baharin.


“Insha Allah perhubungan kami ini saya akan jaga, belai dan beri kasih sayang sepenuhnya kepada bakal suami,” katanya.