Sabtu, November 05, 2016

Akan Datang Drama Adaptasi Novel Sayang Papa Saya Tak?; Astro Ria/Ria HD



Salah satu projek drama tayangan waktu perdana di saluran Astro Ria dan Ria HD untuk tahun 2017 ialah drama adaptasi novel karya Hanni Ramsul.

Ya, karya Hanni Ramsul yang sebelumnya pernah diadaptasi dalam drama bersiri di TV1 dengan judul Pergilah Air Mata akan muncul pula di saluran penerbitan Melayu Astro, dengan karya beliau berjudul Sayang Papa Saya Tak?

Menampilkan Hisyam Hamid dan Emma Maembong sebagai teraju dan pelakon utama, drama bersiri adaptasi novel Sayang Papa Saya Tak? ini juga turut menampilkan bintang Ola Bola, Luqman Hafidz dan ramai lagi.

Nantikan update tentang drama Sayang Papa Saya Tak? yang mendapat sentuhan Rehal Nurharis sebagai penulis skrip dari masa ke masa hanya di blog kegemaran anda, THE EM MAIL.