Ahad, November 27, 2016

[19 Gambar] Sekitar Pernikahan Dan Resepsi Lufya & Dr. Hafiz



Pelakon dan penyanyi Lufya Omar dan suaminya Che Muhammad Hafiz Che Baharum kelihatan begitu sweet dan manja di majlis resepsi mereka yang berlangsung semalam. Terdahulu, Lufya selamat bergelar isteri Hafiz dengan sekali lafaz kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu.


Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 31, menerima mas kahwin berjumlah RM2,000 daripada Che Muhammad Hafiz, manakala wang hantaran pula dirahsiakan

Majlis pernikahan berlangsung di Laman Cinta Nirwana, di sini dan dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat.