Sabtu, November 19, 2016

17 Tahun Bersama; Kucing Kak Lina Pom Pom Pergi Buat Selamanya...



Kisah kontroversi perceraian Elly Mazlein tidak berakhir begitu sahaja apabila dia melangkah masuk dalam program realiti nyanyian Gegar Vaganza 3.

Episod penyingkirannya pada Konsert Ke-4 pula menjadi viral dan buah mulut ramai. Kedatangan Elly Mazlein menjernigkan situasi dalam Konsert Ke-5 Gegar Vaganza mungkin sudah berjaya menyejukkan sedikit keadaan.

Terkini, Elly Mazlein sekali lagi mencuri perhatian. Elly yang juga dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom berkongsi kisah sedih kucing pelihraannya Tanja sudah pergi buat selama-lamanya.

Kucing yang dibela selama 17 tahun itu dilaporkan mati oleh penyanyi berkenaan dalam laman sosial Instagram kepunyaannya.

Dalam posting berasingan berkenaan kucing, Elly juga menasihati pengikutnya yang tidak gemar akan kucing supaya tidak mengasari haiwanitu seandainya meminta makanan ketika sedang menjamu selerea contohnya seperti di restoran.

Kata orang kalau dah sayang, berpisah itu menyakitkan. Tak kisahlah manusia ataupun binatang. Semoga Elly tabah menghadapi Tanja yang pergi buat selama-lamanya.