Rabu, Oktober 05, 2016

Ziana Zain Beri Amaran Kepada Penulis Komen Biadab Di Instagram



Ziana Zain ialah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Daripada nyanyian, lakonan, pengacaraan, jurucakap produk, ikon fesyen hinggalah kepada sebagai seorang ahli perniagaan, setiap satu yang berkenaan dirinya pasti dirisik dan diambil tahu oleh pemujanya.

Jadi tidak hairanlah apabila hadir satu komen daripada Ziana yang ditujukan kepada salah seorang pengguna Instagram yang menulis komen pada salah satu daripada gambar yang dimuat naik oleh ibu kepada 4 orang cahaya mata ini mendapat perhatian followers-nya di Instagram.

Ziana Zain merupakan artis bertaraf diva di tanah air yang sedari dahulu terkenal dengan budaya berkongsi atau bercerita apabila mempunyai kerja. Jika tidak penyanyi yang terkenal dengan lagu bernada tinggi ini lebih selesa mendiamkan diri.

Meskipun zaman berubah dan aplikasi sosial seperti Instagram mendapat tempat tertinggi dalam kalangan penyanyi, pelakon dan selebriti untuk mengumpul peminat dan mencipta populariti, namun Ziana Zain dilihat tidak terdesak untuk berbuat demikian.

Bukti paling nyata, Ziana jarang berkongsi perihal peribadinya. Bahkan gambar peribadi seperti anak, suami, keluarga, gaya hidup sama sekali tidak dikongsikan untuk tatapan mata netizen. Ziana Zain yang menggunakan Instagram hanya berkongsi perihal kerjayanya sahaja.

Bahkan, Ziana juga merupakan antara artis tempatan paling awal yang memegang prinsip tidak mahu follow sesiapa. Berkenaan dengan perkara ini juga, Ziana sudahpun memberikan komen, bahawa prinsip tidak mahu follow sesiapa adalah untuk berlaku adil sekali gus menjaga hati para peminat setianya.



Lalu apabila ada satu komen yang biadab dan kasar bahasanya daripada akaun Instagram, pemiliknya seorang perempuan bertudung tentang Ziana yang tidak follow sesiapa di Instagram, maka ianya mengundang sensitiviti followers setia Ziana Zain.

Ada yang meminta Ziana block, pemilik akaun Instagram yang menulis komen biadab sedemikian. Tidak bertindak pantas, namun Ziana Zain juga tidak terus mendiamkan diri. Satu komen balas amaran daripada Ziana ditujukan kepada pemilik komen biadab berkenaan; dan komen biadab itu juga sudah tidak kelihatan di ruang komen posting tersebut.



Semoga perkara ini menjadi pengajaran kepada netizen supaya tidak bertindak sesuka hati ketika menulis komen pada Instagram orang lain, terutamanya golongan selebriti, apatah lagi dengan bahasa yang biadab.


1 Komentar:

Write Komentar
6/10/16 2:17 PTG delete

Alahai ini orang pun ada dalam dunia skrg? Apa dah nak jadi takde adab langung sekarang ni...

Reply
avatar