Isnin, Oktober 31, 2016

[Video] Lupa Lirik, Persembahan Kurang Umph; Elly Mazlein Mohon Maaf Kepada Penyokongnya Di Gegar Vaganza!



Menyedari ramai yang kecewa dengan kualiti persembahannya pada malam semalam, Elly Mazlein yang turut dipanggil sebagai Kak Lina menggunakan medium sosial Instagram bagi memohon maaf kepada para penyokongnya.

Semalam, dalam Konsert Minggu Ke-3, Gegar Vaganza 3, Elly Mazlein berada di dua tangga tercorot sebelum Rem diumumkan tersingkir mengikut jejak Razis Ismail pada minggu sebelumnya!

"Hai, Assalamualikum. Terima kasih semua sebab masih lagi memberi sokongan kepada saya, walaupun semalam saya tahu saya dah menghampakan anda semua, Kak Lina lupa lirik... Sorry! Terus doakan Kak Lina supaya dapat buat yang terbaik minggu depan untuk lagu Jangan Menagis Sayang. Kak Lina pun tak nak nangis. Buat anda semua terima kasih. Kak Lina tahu ramai yang DM komen Kak Lina kata jantung diorang jatuh ke lantai. Kak Lina pun sama, jatuh ke lantai. Kak Lina janji akan buat yang terbaik untuk lagu Jangan Menangis Sayang. Teruskan bersama Kak Lina, Kak Lina sayang semua yang sokong Kak Lina.