Rabu, Oktober 19, 2016

[Video] High Note Berpisah Jua Ziana Zain Versi 2016 Untuk Elly Mazlein?



Hujung dua minggu lepas, Ziana Zain berada di negara Brunei Darussalam bagi satu event yang antara lain majlis soft launch Gee Shawl keluaran Ziana Zain's World. Entry ini bukanlah nak bicarakan tentang shawl terkini daripada fabrik sari Ziana Zain ini.

Sebaliknya dalam satu segmen temu bual yang dijalankan di negara itu, secara langsung di Studio Kristal FM pada 11 Oktober 2016 lalu, Ziana Zain dalam petikan video pendek beberapa saat dilihat sedang mengalunkan high note lagu Berpisah Jua sambil duduk sahaja!

Ironinya, seminggu selepas itu Elly Mazlein yang merupakan salah seorang daripada peserta Gegar Vaganza Musim Ketiga diberikan lagu Berpisah Jua untuk dibawakan pada Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Kedua!


Apakah mampu Elly Mazlein membawakannya sebaik mungkin? Sama-sama kita nantikan Ahad ini, hanya di Gegar Vaganza!