Sabtu, Oktober 08, 2016

Sinopsis Telefilem Ketika Daun Berzikir; Cerekarama TV3



SINOPSIS KETIKA DAUN BERZIKIR

Kisah Muzir yang kecewa terhadap anak-anaknya, Farid dan Asyraf yang langsung tidak mempunyai perasaan ketika arwah isterinya meninggal dunia. Muzir nekad berhijrah ke bandar untuk berdakwah kepada anak-anaknya sendiri setelah melihat mereka leka dengan duniawi. Muzir juga membeli beberapa barangan ibadah kerana keperluan ibadah di rumah Farid dan Asyraf serba tidak lengkap. Berkat usaha dan dia Muzir untuk membentuk anak-anaknya membuatkan mereka mula berubah. Muzir pulang ke kampung untuk meneruskan hidupnya seperti biasa.

Jangan lupa saksikan telefilem arahan Murali Abdullah berjudul Ketika Daun Berzikir. Antara barisan pelakonnya ialah Razak Ahmad, Zamarul Hisham, Nazeera Sardi, Naim Daniel dan ramai lagi. Akan ditayangkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu ini, 8 Oktober 2016 pukul 9 malam.