Rabu, Oktober 26, 2016

Shukri Yahaya Nafi Karier Seni Suram Lepas Kahwin!



Kehidupan peribadi pelakon kacak Shukri Yahaya mungkin mengalami perubahan drastik tetapi daripada segi karier seni, kehangatan namanya sebagai hero idaman menjadi suram selepas berakhirnya Dia Isteri Luar Biasa.

Hanya tertawa mendengar penyataan tersebut, Shukri berkata, dia masih berlakon seperti biasa cuma drama lakonannya tidak disiarkan pada waktu puncak seperti yang drama terdahulu.

Ditanya, adakah keputusan berkahwin ketika sedang berada di puncak menjadi antara punca namanya semakin kurang diperhatikan, Shukri pantas menafikan. Menurutnya, rezeki lakonannya semakin melimpah-ruah selepas bergelar suami dan bapa.

“Berbanding ketika zaman bujang, rezeki saya lebih murah sejak berkahwin. Terdapat juga tawaran untuk anak saya walaupun dia baru berusia dua bulan.

“Tetapi setakat ini, saya dan isteri tidak bercadang melibatkan anak dalam industri kerana dia masih terlalu kecil untuk didedahkan dengan hal-hal berkaitan penggambaran,” katanya lagi.