Selasa, Oktober 04, 2016

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim 3 Bocor Di Facebook?



Gegar Vaganza (GV) merupakan salah sebuah program reality nyanyian melibatkan artis rakaman yang cukup popular di saluran Astro Ria. Telah berlangsung selama dua musim Gegar Vaganza Musim Ketiga khabarnya telah pun diumumkan menerusi laman Facebook baru-baru ini. Namun, difahamkan pengumuman yang dibuat itu palsu.

Selaku Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad menjelaskan perkara itu tidak benar. Malah  laman rasmi untuk program GV tidak pernah dibuat.



"Astro ingin memaklumkan bahawa laman Facebook yang menggunakan nama ‘Gegar Vaganza’ tidak mewakili pihak penerbitan program realiti ini dan ia bukan merupakan laman rasmi kami.

"Justeru itu, kami memohon kepada semua pihak untuk menantikan pengumuman rasmi termasuklah senarai artis yang akan terlibat menjayakan musim ini di majlis sidang media yang dijangka akan diadakan pada 5 Oktober 2016.