Sabtu, Oktober 15, 2016

Senarai Peserta 3 Juara; Realiti Nyanyian Eksklusif TV3



Program terbaharu di TV3 iaitu 3 Juara merupakan rancangan realiti nyanyian ekslusif penuh kelainan dimana menampilkan tiga komposer hebat tanah air yang mewakili tiga genre, Edrie Hashim untuk Rock, Ajai untuk Balada dan Pak Ngah untuk Irama Malaysia demi mencari satu juara bagi setiap genre.
Seramai 24 peserta akan berentap antara mereka daripada setiap genre sehingga ke peringkat akhir demi meraih gelaran juara genre masing-masing. Mereka semua akan diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Rossa sebagai juri kategori Balada, Awie juri kategori Rock dan Noraniza Idris juri kategori Irama Tradisional. 

Rancangan realiti 3 Juara akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad pada jam 9 malam bermula 16 Oktober 2016 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Dihoskan oleh Issey Fazlisham, Mira Filzah dan Azizul Ammar.