Ahad, Oktober 30, 2016

Senarai Lagu Konsert Minggu Ketiga Gegar Vaganza Musim Ke-3



Konsert Mingguan Gegar Vaganza 3 sudah tiba ke Minggu Ke-3. Membawakan tema Ada Bran?, kali ini rata-rata peserta Gegar Vaganza 3 mendapat lagu yang bukan 'makanan' mereka!

Bagaimana agaknya persembahan mereka malam Konsert ke-3 Gegar Vaganza Musim Ketiga ini? Sama-sama kita nantikan, sementara itu, jom tengok senarai lagu yang perlu dibawakan oleh 11 orang peserta Gegar Vaganza yang masih bertahan dalam arena pertarungan vokal dan bakat ini!