Isnin, Oktober 31, 2016

Sakit Berpanjangan; Elly Mazlein Akui Alami Gangguan Ganjil!



Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein mendedahkan bahawa dia menerima gangguan ganjil yang menjejaskan kesihatan dan fokusnya sepanjang menyertai Gegar Vaganza musim ketiga. Kesihatannya masih tidak pulih biarpun sudah tiga minggu mendapatkan rawatan perubatan.


"Sudah masuk tiga minggu sakit saya tidak pulih walhal setiap hari saya ke klinik ambil suntikan dan berubat. Tadi pun (malam Ahad) doktor datang untuk beri rawatan sebelum saya naik ke pentas.

"Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dan ramai menasihatkan agar saya berubat tradisional sebagai salah satu ikhtiar untuk baik," 


Menurut Elly, dia juga menerima perkara yang agak pelik ketika di rumah membuatkan dia sentiasa berasa takut.

"Saya tidak boleh cerita banyak, cukuplah saya katakan akan berubat dengan rawatan Islam dengan harapan semuanya kembali seperti biasa," ujarnya. - mstar