Ahad, Oktober 16, 2016

Review Konsert Pembukaan Gegar Vaganza 3; Perang Vokal Bermula



Nora membuka Konsert Gegar Vaganza 3 sebagai peserta pertama dengan persembahan mantap. Lagu berhantu Di Persimpangan Dilema biar disampaikan dalam randisi terkini tetapi cukup srgar pada pendengaran. Vokal Nora juga agak mantap. Rata-rata komen juri buat persembahan Nora juga positif.

G-Mie dari kumpulan Screen tampil dengan lagu Tak Suka Tak Apa. Komen terlalu jujur Datuk Yusuf Haslam sebagai juri jemputan bahawa G-Mie tidak begitu popular mungkin agak ‘tajam’ kedengaran. Tapi Gegar Vaganza diadili sepenuhnya oeh juri, jadi populariti tidaklah begitu diutamakan untuk meraih undian!

Intan Sarafina muncul dengan lagu hit miliknya berjudul kembali. Tampil cantik menawan, vokalnya milik Intan Sarafina tidak nampak mana cacat celanya. Mendapat pujian daripada Datuk Khatty, bagaimanapun Datuk Ramli menegaskan bahawa persembahan vokal Intan Sarafina ketika rehearsal lebih bain berbanding persembahan live malam Konsert Pembukaan Gegar Vaganza 3.

Penyanyi dengan trademark meneran Rem pula mendendangkan lagu Semua Orang Tahu. Lagu ini jadi pilihan Rem walaupun masih ada lagu lain miliknya sendiri yang jauh lebih popular. Komen Datuk Yusof kepada Rem ialah masih berbisa. Manakala Datuk Ramli pula menginginkan alunan balada daripada Rem pada minggu hadapan.

Azharina pula mempertaruhkan lagu hit Elergi Sepi yang pernah menaikkan namanya suatu masa dulu. Datuk Khatty siap beri standing ovation buat Azharina. Datuk Yusof pula jatuh cinta! Dan Azharina mendedahkan lagu ini dcipta untuk Raihan berirama nasyid tetapi dipilih untuk dirinya. Datuk Ramli juga memuji soul yang diberikan 100% dalam persembahan Azharina.

Giliran Zur Eda tampil dengan lagu Lama Tak Jumpa. Irama rancak ini berjaya mengimbau kenangan lama. Tak ada komen sangat daripada juri sebabnya lagu berusia lebih 20 tahun ini sudah acap kali dinyanyikan oleh Zur Eda.

Zarul Umbrella yang masih kekal kacak tampil dengan lagu berhantu Ramalanku Benar Belaka. Lagu mencekik leher ini berjaya disampaikan dengan baik oleh Zarul.

Shidi dari Kumpulan Data juga mendendangkan lagu yang cukup popular. Lagu Permaisuri yang popular ini jadi fun bila Shidi sempoi melompat ke arah Datuk Seri Vida dan jadikan Datuk Seri Vida sebagai ‘props’. Maklumlah, Datuk Vida kan pakai crown, sesuailah dengan lagu Permaisuri.

Razis Ismail sebagai peserta paling senior hadir dengan Kepulangan. Takut pula tengok Razis ni nyanyi. Hahaha... Datuk Khaty dah bagi standing ovation awal-awal waktu chorus lagu Kepulangan ini lagi. Tapi kalau nak banding dengan peserta lain, boleh agak rasanya siapa akan berpeluang duduk di tangga bottom two! Opssss!!!

Sarah walaupun unggul dengan Kesetiaan tetapi memilih Jangan Kau Mimpi lagu irama rancak untuk dipertaruhkan pada malam opening Konsert Gegar Vaganza 3, 2016.

Kontroversi kisah peribadi yang menghimpit Elly Mazlein bukan penoktah fasa kehidupan berikutnya. Malam ini Elly pertaruhkan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, bait-bait lirik lagu ini seolah sangat kena dengan dirinya sendiri.

Ameng Spring yang begitu lama ‘hilang’ daripada industri hiburan muncul di pentas Gegar Vaganza 3 dengan persembahan sulung menerusi lagu Sejiwa. Kalau nak pilih lagu hit Kumpulan Spring memang boleh pening, sebab banyak sangat yang best. Sejiwa versi 2016 oleh Ameng Spring, memang terbaik!