Isnin, Oktober 24, 2016

Review Konsert Minggu Ke-2 Gegar Vaganza 3; Siti Sarah Terus Cemerlang!



Konsert Minggu Kedua Gegar Vaganza masih diacarakan Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Juri kekal ialah Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim, dan juri jemputan Datuk A. Rahman Hassan. Tema pada minggu ini ialah Memori Berkasih.

Azharina tampil serba merah dengan lagu Sinaran yang dipopularkan oleh Sheila Majid. Komen juri Ramli MS menyatakan Azharina ialah seorang penyanyi yang bagus menyanyi ketika live. Datuk Ramli berkata I’m happy with you! Manakala, Datuk Khaty pula mengatakan persembahan Azharina lebih bagus daripada penyanyi asal yang menyanyikan lagu ini!

Lagu Meneka Dalam Kesamaran disampaikan oleh Shidi Data sebagai peserta malam ini. Datuk A. Rahman Hassan, ada persoalkan tentang key lagu yang disampaikan Shidi. Komen Datuk A. Rahman lagi bahawa lagu Meneka Dalam Kesamaran biasa dibawakan dalam nada yang tidak tinggi, dan Shidi telah menyanyikan dengan rendisi tersendiri.

Razis Ismail tampil solo dalam persalinan berwarna krim. Penuh penghayatan Razis Ismail membawakan lagu Bunga Pujaan.  Datuk Khaty mengatakan bukan mudah membawakan lagu Jamal Abdillah. Komen Datuk Khaty supaya Razis menjaga low note dan bagi seorang yang sudah lama tidak menyanyi, komen Datuk Khaty lagi bahawa Razis Ismail sudah melakukan yang terbaik.

Zur Eda tampil serba hitam dalam gaya ghotik menyanyikan lagu dendangan asal rakan seangkatannya, Berpaut Di Dahan Cinta. Datuk Ramli memuji Zur Eda, dan Zur Eda berjanji akan memperbaiki kekurangan dan melakukan yang lebih baik.

Persembahan Rem dengan lagu Suratan Atau Kebetulan, mendapat kritikan negatif daripada Datuk Khaty dan Datuk Ramli. Part last sahaja yang diberikan sedikit pujian. Bahagian depannya dikatakan seolah-olah Rem menyanyikan lagu ini seperti mahu cepat menghabiskannya.

Berikutnya, Intan Sarafina muncul dengan lagu Pudar yang dipopularkan oleh Rossa. Datuk A Rahman Hassan hanya beri komen tentang pergerakan Intan, selebihnya beliau dan Datuk Khaty memberikan komen yang positif tentang persembahan Intan Sarafina.

Epilog Cinta Dari Broomley disampaikan oleh Ameng Spring. Komen Datuk Khaty menyifatkan Ameng sebagai seorang penghibur menurut komen salah seorang peminat.

Nora dengan serba pink dan persembahan hebat dengan lagu Setelah Aku Kau Miliki. Datuk A. Rahman Hassan memuji persembahan Nora Cuma meminta sedikit berhati-hati pada bahagian korus. Manakala, Datuk Ramli pula menyifatkan Nora seharusnya menjadi rujukan generasi baharu dalam nyanyian kerana kecekalannya.

Giliran Zarul Umbrella tampil hebat dengan lagu Untukmu Selamanya. Tampil kacak dengan sut berwarna hijau, vokal Zarul memang mantap! Datuk Ramli MS menyifatkan persembahan Zarul sebagai good, dan mahukan lebih lagi.

Elly Mazlein, dengan lagu Berpisah Jua. Datuk Khaty menyifatkan lagu-lagu Ziana Zain memang susah dinyanyikan. Walaupun ada beberapa note tidak sampai, namun Datuk Khaty tetap menyatakan persembahan Elly Mazlein agak baik.

Lagu Januari, disampaikan G-Mie Screen dengan bersahaja. Komen Datuk A. Rahman Hassan cukup positif buat G-Mie.

Siti Sarah memukau dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu sehinggakan Datuk Ramli MS mengatakan tidak mampu mencari kesalahan Siti Sarah ketika menyampaikan lagu dendangan asal Fauziah Latiff itu.