Isnin, Oktober 10, 2016

Review Konsert Akhir Akademi Fantasia 2016



Akademi Fantasia 2016 sudahpun melabuhkan tirai pada malam ini. Pentas akhir malam ini masih lagi diacarakan oleh Alif Satar dan Zizan Razak. Adalah satu part kemunculan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, untuk promote Gegar Vaganza Musim Ketiga, walaupun sekejap tapi kecoh dibuatnya! Itu yang dinamakan aura. Bukan macam seorang tu, tak habis-habis nak guna nama ex-girlfriend, dengan nama seorang pelakon lelaki yang konon caras ex dia dari mula sampai berminggu lamanya asyik guna modal yang sama! Kalau tahun depan ada lagi AF 2016, rasanya Alif Satar seorang pun dah cukup kot! Opssss!!

Juri malam ini ketiga-tiganya lelaki dengan gelaran Datuk atau Dato'. Entahlah nak tulis mana satu, malas nak research. Lagipun ramai juga yang beli title sekarang ni kan? Opssss! Datuk Ramli dan Datuk M Nasir memang pilihan tepat bagi kerusi juri. AC pun okay, tapi setakat nak komen-komen macam tu sajalah kan... Harap lepas ni kalau ada AF, pilihlah juri yang betul-betul layak, especially diri mereka sendiri ada sejarah kejayaan dan kredibiliti, bukan setakat popular satu dua lagu saja, anugerah untuk lagu dan vokal??? Haram tak ada!

Persembahan Interlude malam Pentas Akhir Akademi Fantasia 2016, dihiburkan oleh kumpulan Indigo dan KRU. Memang legend! Otai masih berbisa beb!

Dress salah seorang tenaga pengajar, terbuka luas dada, tunduk sikit dah nampak lurah! Adoiii, akak, budak kecik pun layan AF lah! Mungkin Astro kena jadi macam TV di Indon, kena kaburkan yang sexy mexy, baru ada akai nak pakai elok sikit kot!

Malam ini ada 5 finalis! Daripada telinga pendengar yang tak ada ilmu muzik, tak profesional, yang tak layak pun bagi komen, tapi sebab dah paksa mata dan telinga ni tengok AF 2016 finale, nak jugalah bagi komen kan, sedih kot tengok persembahan Ara dan Afi. Huhuhu...

Reshma malam ni little bit mengecewakan! For me lah! Walaupun ada Fattah Amin, tapi menurut Reshma kehadiran pelakon itu yang tak kena 'time' dan soalan juri tentang hal itu juga di  highlight -kan sebagai faktor pengganggu persembahan!

Amal dan Amir pula nak kata hebat sangat pun tidak, nak kata teruk sangat pun tidak. Yang sedang-sedang saja gitu. Lagu baru Amal memang catchy! Bak kata AC, lagu tu memang radio friendly. Kalau lepas ni lagu single baru Amal tu mencanak di carta radio memang tak hairanlah! Compared to single peserta lain, bagi gue, lagu single Amal lah yang paling best!

Tapi sebut fasal best perfomance, tentu sahaja persembahan Amir dalam round yang pertama nyanyikan lagu Romantis dendangan asal Ameng Spring jadi pilihan peribadi Muz!

Tu sajalah kot, nak review fasal Konsert Akhir Akademi Fantasia 2016, cukuplah kan? Panjang sangat pun bukan ada yang baca perabih pon! Hahaha... Apapun, tahniahlah kepada pemenang! Yo, Amir juara AF 2016!