Ahad, Oktober 30, 2016

Rem Tersingkir; Konsert Minggu Ketiga Gegar Vaganza 3



Gegaran Rem terhenti dalam Konsert Minggu Ketiga, Gegar Vaganza Musim Ke-3. Rem yang menerima kritikan negatif dalam persembahannya pada minggu ini, memang boleh diagak untuk tersingkir.

Rem dikatakan gagal membawakan lagu Penawar Rindu dengan baik oleh pengkritik dan juri tetap Datuk Ramli MS, lantaran lagu itu sendiri sukar dengan key tinggi dan rendah yang bercampur dan sangat terbalik dan berbeza dengan genre lagu yang dibawakan oleh Rem.

Bottom two pada minggu ini ialah Rem dan Elly Mazlein. Elly yang lupa lirik dan salah tempat nyanyian bagaimanapun masih terselamat.

Minggu hadapan peserta Gegar Vaganza 3 akan berduet dengan bekas peserta Gegar Vaganza Musim-1 dan Musim-2!