Ahad, Oktober 16, 2016

Raja Afiq Dan Anis Al-Idrus Putus Cinta; Hanya 5 Bulan Sulam Kasih!



Pelakon yang popular menerusi drama adaptasi novel Anugerah Terindah yang berjudul Sayangku Kapten Mukhriz hanya sempat menyulam cinta bersama Anis Al-Idrus untuk tempoh 5 bulan sahaja.Sebelum ini, baik Raja Afiq mahupun Anis Al-Idrus menafikan gosip perpisahan hubungan cinta mereka.

“Ketika itu, saya masih tidak berani untuk bercakap mengenai perkara ini. Tetapi apabila fikir kembali, sampai bila saya mahu menyembunyikan kenyataan ini khususnya dengan peminat kerana nanti semua orang akan tahu perkara sebenar”

“Saya tiada niat untuk membiarkan orang luar berteka-teki mengenai hubungan kami. Saya juga tidak mahu perkara ini dijadikan isu, membuatkan saya membiarkan sahaja dulu sehingga bersedia untuk berkongsi mengenainya,” jelas Raja Afiq kepada BH Plus.