Khamis, Oktober 06, 2016

Raf Yaakob Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Emma Maembong



Tak ada angin ribut tiba-tiba Emma Maembong digosipkan pula dengan adik Fazley Yaakob. Jika sebelumnya Emma Maemong menyifatkan gosip itu tidak benar, kali ini Raf Yaakob, iaitu lelaki yang dikaitkan dengan Emma Maembong itu sendiri tampil memberikan kenyataan.

Memang betul, saya sudah lama mengenali Emma dan keluarganya. Tidak semua orang mengetahui arwah ayah dan ayah Emma berkawan baik. Mereka pernah bekerja di satu tempat yang sama di PWTC. Ketika itu Emma baru berusia 12 tahun. Boleh dikatakan keluarga kami sangat rapat. Pendek kata kami seperti abang dan adik. Jadi tolong berhenti buat tuduhan yang tak betul.