Sabtu, Oktober 01, 2016

Puteri Sarah Hamil 3 Bulan; Syamsul Yusof Idam Sushi



"Perasaan saya sudah tentu terlalu gembira dan tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan dengan kata-kata kerana akhirnya doa mendapatkan zuriat dimakbulkan Allah selepas selepas saya mengalami keguguran sebelum ini.


"Apa-apa pun saya hanya berharap dan berdoa agar bayi kami selamat dilahirkan," ujarnya kepada mStar Online.

Sarah mengulas tentang berita kehamilannya yang kini memasuki tiga bulan diumumkan oleh suaminya Syamsul Yusof pada malam tayangan filem Munafik di Indonesia pada malam Rabu lalu.



"Saya tidak ada alahan yang teruk setakat ini, hanya rasa loya-loya pada waktu malam sahaja, mungkin disebabkan bayi saya aktif pada malam.

"Yang saya pelik, Syamsul pula yang mengidam makan makanan Jepun. Setiap hari dia akan cari makanan sushi," ujarnya. - mStar Online