Jumaat, Oktober 21, 2016

Penonton Gegar Vaganza 3 Menyampah Tengok Segmen Konti Radio Syuk!



Kalau dah nama program nyanyian, biarlah yang di high light pun tentang nyanyianlah kan. Ada lawak sikit-sikit tu ok. Dan lawak tu, daripada Nabil dan Jihan saja pun dah cukup.

Panggil-panggil pelawak lepas peserta Gegar Vaganza nyanyi pun ada masa rasa rimas, ini bagi yang tonton Gegar Vaganza secara live stream di YouTube pula terpaksa berhadapan dengan segmen konti radio lama.

Rata-rata netizen menulis komen negatif terhadap pengisian itu.

Bahkan, ramai yang berkata meluat dan menyampah dan memohon produksi Gegar Vaganza berbuat sesuatu!



Mujurlah tak ada segmen ni keluar masa live di TV. Kalau tak mute volume lah jawabnya. Lagi bagus bila sunyi tak ada suara! Hahaha...

Well, nak lawak sila ke Astro Warna! Opssss!!!