Ahad, Oktober 09, 2016

Pelakon Aidil Aziz Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati!




Pelakon Aidil Aziz dan dua rakannya berdepan hukuman mati di tali gantung selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dua minggu lalu.

Aidil atau nama sebenarnya Mohd. Aidil Abdul Aziz, 28, dan dua rakan iaitu Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R. Guevara Cortez, 33, hanya meng­angguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Omar Sayeed merupakan anak kepada seorang Datuk Seri manakala Guevara merupakan rakyat Filipina.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh berkenaan.

1 Komentar:

Write Komentar
Normi Nieza
AUTHOR
9/10/16 1:40 PTG delete

omg..biar btl aidil aziz ni..huhu

Reply
avatar