Isnin, Oktober 24, 2016

Orang Nak Tengok Gegar Vaganza Bukannya Maharaja Lawak Mega! Netizen Kecam Lawak Nabil!



Gegar Vaganza 3 terus mencipta fenomena yang tersediri. Konsert Minggu Kedua yang bertemakan Memori Berkasih, menyaksikan penyanyi veteran Razis Ismail diumumkan tersingkir daripada gelanggang Gegar Vaganza Musim Ke-3.

Dalam keriuhan peminat bercakap tentang saingan dan kelebihan penyanyi pilihan masing-masing yang bertarung dalam Gegar Vaganza 3 ini, ada sedikit komen pedas yang ditujukan kepada pengacara yang mengemudikan Gegar Vaganza selama 3 musim, iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.


Netizen beranggapan lawak jenaka yang dibuat Nabil terhadap Elly Mazlein dengan mengatakan ayat 'macam ini cantik pun berpisah jua' beberapa kali sesudah Elly Mazlein menyampaikan lagu Berpisah Jua, dianggap keterlaluan.

Umum mengetahui, Elly Mazlein sedang melalui fasa sukar dalam kehidupan apabila sedang mencari rentak baharu dalam membina cahaya hidupnya yang malap sesudah diceraikan bekas suami saat bayi pertama masih dalam kandungan. 

Bahkan menerusi VT, yang disiarkan sebelum Elly tampil solo menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Ziana Zain itu sendiri cukup jelas menggambarkan perasaan Elly, apabila figura ini ada berkata tidak mahu terlalu meladeni perasaan ketika menyanyikan lagu Berpisah Jua kerana khuatir akan menitiskan air mata di atas pentas kerana lirik lagunya yang begitu kena dengan episod hidupnya kini.

Lalu tidak hairanlah apabila netizen marah disebabkan Nabil sekali lagi menggunakan status janda Elly Mazlein sebagai bahan usikan. Dan kata-kata, 'macam ini cantik pun berpisah jua'  yang diucapkan Nabil beberapa kali itu dianggap boleh memberikan impak kepada emosi Elly Mazlein. Namun, ternyata Elly Mazlein berjaya mengawal situasi meski diusik dengan cara yang begitu.


Tidak berhenti dengan Nabil, ada juga komen pedas ditujukan kepada Jihan dengan mengaitkan cara pengendalian Jihan dalam Gegar Vaganza 3 ini agak over!

Bahkan penonton live streaming di YouTube juga rata-rata mengecam lawak-lawak yang dihadirkan dalam bentuk konti radio yang dikuasi oleh Syuk. Netizen majoritinya menyampah da mahukan live streaming 100% seperti siaran di televisyen!

Sesungguhnya, penonton malam minggu Ahad, yang membuka Astro Ria atau Ria HD mahu menonton program realiti nyanyian. Lawak boleh ada. Gurau boleh saja. Tapi jangan terlalu over sampai buat orang menyampah. Penonton bukan nak tengok Maharaja Lawak! Makanya, produksi cubalah ambil inisiatif baharu. Jangan eksploitasi Nabil dan Jihan untuk rating, hakikatnya ramai yang sudah bosan!