Ahad, Oktober 02, 2016

Nad Zainal Akui Gementar Nak Bersalin




Pelakon Nad Zainal akui mula rasa gementar apabila usia kandungannya sudah mencecah lapan bulan. Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 26, perasaan itu mula timbul setelah mendengar pengalaman rakan-rakannya melalui proses bersalin.

"Masa mula-mula memang rasa teruja, pengalaman pertamalah katakan.

"Seronok bila lihat perut makin membesar, dapat rasa pergerakkan anak, memang macam tak percaya.

"Tapi bila dah makin dekat dengan tarikh bersalin, tiba-tiba rasa gementar tu datang sendiri.

"Lebih-lebih lagi bila dengar cerita kawan-kawan yang pernah mengalami pengalaman menakutkan.

"Perasaan gementar tu tak boleh nak elak lagipun ini pengalaman pertama saya," katanya kepada Astro Gempak.