Khamis, Oktober 06, 2016

Nabil Rugi Besar Lepas Instagram Kena Godam?



Berita akaun Instagram selebriti kena godam bukan cerita baharu. Dah ramai yang kena. Ada yang dapat balik, ada yang hilang terus. Kali ini giliran Nabil Ahmad pula menerima nasib serupa. Malangnya, Nabil bukan sahaja hilang akaun Instagram, malah turut alami kerugian.
Selepas mendapat tahu Instagram saya digodam, pelanggan tidak merungut atau membuat sebarang aduan sebaliknya mereka terus membatalkan perjanjian. Bukan apa, perkara itu memang dinyatakan dalam kontrak. Bukan itu saja, beberapa urusan perniagaan membabitkan ulasan di Instagram juga tidak diteruskan. Ini kerana jumlah pengikut di akaun baru saya tidak cukup kuat.