Jumaat, Oktober 28, 2016

Nabil Ahmad Nafi Disingkirkan Daripada Gegar Vaganza 3




Pelawak dan pengacara Gegar Vaganza 3 (GV3) Nabil Ahmad menafikan dia disingkirkan daripada mengacarakan program berkenaan berikutan cara dia mengacara dan berlawak dikatakan kasar dan lucah.

Nabil, 33, ketika dihubungi berkata, ini musim ketika dia menjadi pengacara program itu dan setakat ini dia tidak ada menerima apa-apa notis daripada Astro berhubung penyingkirannya itu.


“Saya tak tahu daripada sumber mana mereka dengar cerita ini. Nampaknya mereka yang lebih tahu sedangkan saya tidak terima apa-apa notis daripada Astro. Jadi, saya ketawa saja apabila mendengarnya,” katanya. - Metro