Jumaat, Oktober 28, 2016

Luqman Hafidz Tak Pilih Tawaran!



Pelakon yang mencipta nama menerusi filem Ola Bola, Luqman Hafidz mengakui dirinya memerlukan banyak latihan untuk memperbaiki mutu lakonannya.

Sehubungan itu, dia enggan bersikap memilih dan terima tawaran yang datang dengan senang hati.
Katanya, sebagai pelakon yang masih ‘mentah’, dia akan berusaha gigih dalam mengetengahkan bakat seninya hingga dikenali umum.

“Saya masih ‘hijau’ dan segala-galanya masih baru untuk saya. Jadi setiap tawaran yang diterima akan dijayakan sebaik mungkin. Saya anggap ia amanah yang diberi pihak produksi.


“Lagipun, saya hargai setiap buah tangan yang diterima tidak kira dalam bidang teater, drama, telefilem mahupun filem. Saya percaya dan yakin setiap cabang seni itu ada kelebihan tersendiri. Dalam soal watak pula, saya juga tidak bersikap terlalu memilih,” katanya. - Harian Metro