Ahad, Oktober 30, 2016

Live Streaming Final Piala Malaysia 2016; Kedah VS Selangor



Malam ini akan berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia 2016, antara Kedah dan Selangor. 


Skuad Helang Merah, (Kedah) dan The Red Giants (Selangor) membuat perhitungan terakhir bagi persaingan kejohanan bola sepak TM Piala Malaysia musim 2016 dalam perlawanan akhir (final) yang dijadualkan berlangsung pada hari Ahad, 30 Oktober 2016.

Aksi final Piala Malaysia 2016 ini juga mengulangi perlawanan akhir antara Selangor dan Kedah yang pernah berentap di pentas yang sama pada musim lalu.

Mampukah Kedah menebus kekecewaan final musim lalu? Segalanya bakal terjawab malam ini!