Khamis, Oktober 20, 2016

Lagu Ziana Zain Bakal Bawa Tuah Buat Elly Mazlein?



Sekali imbas mungkin ada yang teringat kembali kenangan Gegar Vaganza Musim Ke-2, apabila Siti Nordiana, dua kali pernah menyanyikan lagu dendangan asal Ziana Zain, iaitu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa.

Dan kali ini, dalam Gegar Vaganza Musim Ke-3, penyanyi yang sedang dipalit kontroversi perceraian, Elly Mazlein bakal menyampaikan lagu berhantu Berpisah Jua juga daripada Ziana Zain pada Konsert Minggu Kedua, Gegar Vaganza 3.

Isunya adalah lagu Ziana Zain bawa tuah kepada penyanyi! Hah, betul atau tidak, tak tahulah nak cakap. Tapi kalau anda seorang pemerhati dunia seni, setiap kali ada penyanyi profesional tampil menyanyikan lagu-lagu dendangan asal Ziana Zain, pasti akan jadi 'fenomena'.

Ramai akan bercakap tentangnya. Tidak kurang membuat perbandingan. Tidak kurang kelompok fanatik yang bermati-matian mempertahankan penyanyi kesayangan masing-masing dengan pelbagai hujah yang dikemukakan dalam laman sosial. 

Sebenarnya, bagi pandangan peribadi, lagu-lagu dendangan Ziana Zain ini ada roh! Punya aura yang cukup kuat. Di samping melodi yang indah, majoriti lagu popular Ziana Zain juga mendukung lirik-lirik yang puitis yang berlapik pelbagai mesej tersirat.

High note! Ya, nada tinggi dalam lagu-lagu Ziana Zain inilah yang ditunggu ramai saban kali ada penyanyi yang cuba menyampaikan lagu-lagu Ziana Zain secara langsung dalam mana-mana program seperti Gegar Vaganza.

Jadi tak hairanlah, andai kata kemunculan Elly Mazlein antara yang ditunggu ramai pada Konsert Minggu Kedua, Gegar Vaganza 3, malah tidak kurang juga yang beranggapan, Berpisah Jua bakal bawa tuah kepada Elly!

Apapun, best of luck kepada Elly Mazlein dan 11 peserta Gegar Vaganza yang lain!


2 Komentar

Write Komentar
Afif Rayyan
AUTHOR
20/10/16 11:18 PTG delete

Good luck elly mazlein

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
20/10/16 11:22 PTG delete

Muka elly masa diumum lagu ni mcm cuak ja right.

Reply
avatar