Ahad, Oktober 02, 2016

Konsert Separuh Akhir AF 2016; Zarol Dan Rahila Tersingkir



Malam konsert separuh akhir Akademi Fantasia 2016 telahpun selamat berlangsung malam ini. Tujuh orang peserta telahpun mempersembahkan dua persembahan, masing-masing solo dan due bersama artis jemputan.

Pelajar pertama yang layak ke final AF 2016 ialah, Amir. Pelajar kedua yang diumumkan ke final ialah Amal. Afi menjadi pelajar ketiga yang layak ke Konsert Akhir Akademi Fantasia 2016.

Ara menjadi pelajar keempat yang mara ke final. Reshma menjadi finalis terakhir yang berjaya mara ke final AF 2016.

Ini menjadikan Rahila dan Zarul tersingkir pada Konsert Separuh Akhir Akademi Fantasia 2016.