Rabu, Oktober 12, 2016

Kena Pulau Dengan Rakan Artis; Fattah Amin Pun Tak Hadap Nak Kawan!



Sejak hubungan cinta bersama Sherry Ibrahim terputus di tengah jalan dua bulan lalu, Fattah Amin mendedahkan bahawa dirinya dipulaukan oleh sesetengah rakan artis yang juga merupakan rakan baik Sherry.

“Saya okay selagi perkara itu tidak mengganggu rutin harian dan kerja saya. Walaupun itu adalah tindakan yang tidak profesional, tetapi saya tak ada hak untuk memaksa mereka. Kalau mereka tak nak berkawan dengan saya, tak mengapa. Bahasa mudahnya, saya pun tak hadap".

“Lagipun, saya ada kawan-kawan lain. Banyak lagi perkara dan masalah lain yang lebih penting. Saya jenis yang tidak mencampuradukkan soal kerja dan peribadi,’ jelasnya kepada Harian Metro.