Isnin, Oktober 31, 2016

Kedah Julang Piala Malaysia 2016; Rizal Ghazali Muncul Wira




Tamat 120 minit dengan masa tambahan, pasukan Kedah dan Selangor masing-masing terikat dengan 1-1.

Terdahulu Hazwan Bakri menyumbat bola ke gawang lawan pada minit ke-59, dan menyamakan kedudukan dengan Kedah yang mendahului dengan jaringan Rizal Ghazali pada minit ke-51.

Sepakan penalti akan menentukan siapakah juara Piala Malaysia 2016, untuk musim ini!

Penalti yang agak panjang untuk final Piala Malaysia 2016 yang penuh debaran ini, berakhir dengan sepakan penalti oleh Rizal Ghazali, meletakkan Kedah di hadapan dengan 6-5 dalam sepakan penalti final Piala Malaysia 2016. Tahniah!