Ahad, Oktober 30, 2016

Isteri Kedua Adi Putra Hamil?



Lama tak dengar cerita tentang aktor Adi Putra yang pernah mencipta siri kontroversi dalam lingkungan beberapa tahun kebelakangan ini.

Lama juga tidak melihat wajah kacak aktor hitam manis ini menghiasi mana-mana drama mahupun filem. Yang sering kelihatan hanyalah kemas kini laman instagramnya yang lebih terarah kepada perniagaan agensi menunaikan ibadah umrah dan haji.

Hari ini, Utusan Online menerusi ruangan Miss J melaporkan isteri kedua Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly sedang hamil anak pertama hasil perkongsian cinta bersama Adi Putra. 

Miss J dapat tahu baru-baru ini yang Adi bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Khabarnya, Nor Shahida sedang hamil anak pertama bersama Adi selepas berkahwin dengan aktor itu pertengahan tahun lalu. Alhamdulillah, syukur kalau benar berita itu. Sebab selama ini pun sudah lama Adi mengidam untuk menimang zuriat sementelah sudah mempunyai seorang anak angkat dengan isteri pertamanya. Cuma jangan haraplah Adi nak mengaku tentang kebenaran kisah kehamilan itu memandangkan sebelum ini dia awal-awal sudah memberi amaran tidak mahu berkongsi cerita peribadi kepada umum.
Jika benar khabar ini, maka setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ai Putra dan isteri keduanya. Maklumlah, Adi Putra pun sudah begitu lama menantikan zuriatnya sendiri. Tahniah, dan didoakan segalanya berjalan dengan lancar dan selamat.