Ahad, Oktober 16, 2016

Gambar Fotografi Peserta Gegar Vaganza Terima Komen Pedas!



Beberapa hari lepas kecoh di laman sosial apabila gambar-gambar fotografi studio melibatkan peserta - peserta Gegar Vaganza 3 bocor.

Apa yang dibicarakan netizen adalah kualiti gambar dan solekan yang digunakan kepada peserta Gegar Vaganza 3 yang terdiri daripada penyanyi profesional.

Rata-rata beranggapan, solekan yang suram, tona tidak sekata, seolah-olah 'memalukan' para peserta yang terdiri daripada penyanyi yang pernah membina nama dalam industri seni suara.

Malah gaya atau pose photoshoot melibatkan peserta Gegar Vaganza 3 juga menerima tempias negatif menerusi komen-komen di laman sosial.

Astro bagaimanapun menjelaskan gambar yang tersebar itu adalah gambar tidak rasmi. Belum melalui proses edit. 

Dalam masa yang sama pihak Astro juga menafikan kewujudan akaun rasmi bagi program Gegar Vaganza 3 sama ada di Facebook mahupun di Instagram.