Isnin, Oktober 17, 2016

Emosi Elly Mazlein Dalam Minggu Pertama GV3 Buat Netizen Sayu!



Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan. Itulah lagu yang disampaikan oleh Elly Mazlein, salah seorang daripada peserta Gegar Vaganza Musim Ketiga pada malam Konsert Pembukaan, Minggu Pertama Gegar Vaganza 3. 

Menjadi peserta kedua terakhir muncul di atas pentas, Elly Mazlein tampil solo mengalunkan lagu 'berhantu' miliknya itu.

Tak ada komen yang terperinci daripada juri tentang persembahannya. Namun sesuatu yang pasti, seisi penonton seolah-olah hanyut dengan lirik dan emosi yang dibawakan oleh Elly Mazlein. 



Umum mengetahui, Elly dihimpit kontroversi keruntuhan rumah tangganya baru-baru ini.  Netizen dan pemerhati dunia seni turut beranggapan 'kesederhanaan' persembahan Elly pada malam pembukaan Gegar Vaganza itu mungkin disebabkan ekoran masalah peribadinya.

Apapun, harapnya Elly tabah dan teruskan perjuangan dalam Gegar Vaganza 3.