Sabtu, Oktober 08, 2016

Elly Mazlein Mengaku Menyesal Kahwin!



“Serik dengan lelaki? Jawapan saya ialah sangat serik. Adakalanya saya terasa menyesal dengan perkahwinan yang saya anggap satu sejarah hitam dalam hidup saya. Buat masa ini, memang saya tidak berhajat dan tidak pernah terfikir mengenai lelaki. Cukuplah ada Sephia dan bapa saya sahaja dalam hidup ketika ini, soal lain saya ketepikan dulu. Saya dah serik”

Diceraikan ketika kandungan berusia lima bulan membuatkan Elly Mazlein menyesal dengan perkahwinan yang dibina bersama bekas suami, Azmi Hatta. Pengakuan berani Faye Kusairi mengatakan bekas suami Elly merupakan kekasihnya pula menjadikan pengalaman berumah tangga satu sejarah hitam buat Elly sehingga dirinya serik membuka hati untuk lelaki lagi. - Rotikaya