Khamis, Oktober 20, 2016

Dua Kali Gagal Sertai Gegar Vaganza; Maya Matahari Tidak Disekat Sertai Uji Bakat Tahun Depan!



Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, penyanyi Maya Matahari tidak disekat sertai Gegar Vaganza 4, bagaimanapun dia perlu menghadiri sesi uji bakat kerana ia sebahagian daripada peraturan sebelum dipilih menyertai rancangan itu.

Maya dikatakan sudah dua kali dipanggil ke sesi berkenaan iaitu untuk pertandingan musim kedua dan ketiga serta diminta menyertai beberapa program lain namun pihak produksi membatalkannya pada saat-saat akhir.

Raqim diminta mengulas adakah kemungkinan Maya dilarang menyertai Gegar Vaganza pada masa hadapan selepas dia meluahkan rasa terkilan terhadap pihak produksi rancangan itu semasa uji bakat dilakukan dan membiarkannya tertanya-tanya sama ada layak atau tidak menyertai program berkenaan.