Ahad, Oktober 02, 2016

Cat Farish Akui Pentingkan Kawan Jadi Punca Cerai




Penyanyi dan pelakon, Cat Farish, mengakui banyak masa dihabiskan bersama kawan-kawan sehingga mengabaikan keluarga antara punca penceraiannya.

Cat atau nama sebenarnya, Farish Zaquan, 42, berkata, dia lebih mementingkan keperluan kawan-kawan sehingga mereka mengambil kesempatan untuk menjatuhkan dirinya.

"Banyak masa dihabiskan bersama kawan-kawan sehingga mengabaikan rumah dan keluarga malah saya lebih mementingkan masalah kawan-kawan daripada masalah diri sendiri.

"Mereka ada masalah saya akan tolong sedangkan saya sendiri mempunyai masalah yang mesti diselesaikan.

"Sebenarnya kawan-kawan juga yang menjatuhkan saya kerana dalam penceraian ini mereka pula buat cerita macam-macam untuk memburukkan lagi keadaan," katanya kepada Astro Gempak.