Isnin, Oktober 17, 2016

Buli; KPM Cadang Gantung Sekolah 1 Tahun



Kementerian Pendidikan mencadangkan supaya mana-mana pelajar sekolah yang terbabit dalam kegiatan buli kategori serius digantung persekolahan selama setahun mulai Januari 2017.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau melihat cadangan penggantungan itu adalah idea terbaik bagi membendung kegiatan buli yang disifatkan amat serius sejak kebelakangan ini terutamanya membabitkan antara pelajar senior dan junior.


Menurutnya, pihaknya memberikan tempoh sebulan bagi mendapatkan reaksi daripada pihak berkepentingan termasuk komuniti mengenai cadangan terbabit sebelum ia dijangka dikuatkuasakan Januari depan. - Metro

1 Komentar:

Write Komentar
17/10/16 6:40 PG delete

Gantung Sekolah adalah penyelesaian jangka masa pendek ... Perlu ada plan ape yang budak tu akan buat semasa digantung sekolah ... Kalau dibiarkan sahaja mungkin akan memburukkan lagi keadaan ... Murid mungkin boleh terlibat dengan gejala lain plak ...

Reply
avatar