Isnin, Oktober 31, 2016

Bottom Two Konsert Minggu Ketiga; Berapa Lama Elly Mazlein Mampu Bertahan Dalam Gegar Vaganza 3?



Elly Mazlein dilihat merupakan salah satu peserta Gegar Vaganza Musim 3 yang mempunyai fan base yang agak ramai!

Mungkin majoriti sudah tahu, 'populariti' yang dikecapi Elly Mazlein dalam program realiti nyanyian yang membabitkan penyanyi profesional ini adalah lantaran kemelut episod duka kehidupan berumah tangganya yang mencipta beberapa siri kontroversi sejak beberapa bulan yang lalu.

Melewati Minggu Ketiga semalam, Elly Mazlein muncul dengan lagu hit miliknya Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan pada Konsert Pembukaan Gegar Vaganza tiga minggu lalu. Persembahannya pada ketika itu tidak mendapat apa-apa pujian tinggi, dalam masa yang sama tidak juga ada kritikan negatif.

Ketika itu, juri tetap Datuk Ramli MS, mudha mengatakan 'nyanyi lagu sendiri bolehlah!"

Masuk Minggu Kedua Gegar Vaganza Musim 3, Elly Mazlein sekali lagi menjadi peserta yang ditunggu ramai, berikutan lagu yang ditugaskan kepada dirinya. Lagu Berpisah Jua milik asal Ziana Zain itu mencuri perhatian kerana populariti dan kesukaran lagu itu sendiri untuk dibawakan secara langsung oleh seseorang penyanyi.

Seperkara lagi lirik lagu Berpisah Jua itu juga begitu kena dengan situasi diri Elly Mazlein pada saat ini.

Meskipun tidak berjaya menyampaikan satu persembahan yang 'sempurna', namun Elly masih menerima kredit daripada juri tetap Datuk Khatijah Ibrahim. Menurut Datuk Khaty, Elly sudah cuba melakukan yang terbaik, sementelah semua lagu nyanyian asal Ziana Zain dikategorikan sukar dibawakan dengan sempurna!

Lagu Perawan Atau Janda yang diberikan kepada Elly Mazlein juga sekali lagi mencuri tumpuan netizen. Bukan sahaja irama dangdutnya, tetapi juga judul dan makna lirik yang sekali lagi bertepatan dengan status dirinya sebagai janda anak satu.

Elly Mazlein sekadar menduduki tangga ke-9  menerusi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, pada Konsert Minggu Pertama Gegar Vaganza 3, dan di tempat ke-7 pada Konsert Minggu Kedua Gegar Vaganza, untuk lagu Berpisah Jua. Dan dalam Kosert Ketiga semalam, Elly Mazlein berada di Bottom Two, iaitu dalam kategori dua peserta tercorot dan nyaris tersingkir!

Gegar Vaganza adalah suatu program realiti yang 100% berformatkan markah juri. Makanya tidak ada istilah tidak adil dan sebagainya. Siapa yang menyanyi bagu pada satu-satu malam konsert Gegar Vaganza, maka merekalah akan diangkat mendudui carta yang tertinggi.

Persoalannya, mampukan Elly Mazlein bertahan lama dalam Gegar Vaganza Musim Ke-3. Ramai yang mula bertanya, apabila belum nampak lagi 'wow factor' dalam persembahan Elly Mazlein, selain Elly sendiri sehingga kini gagal menempatkan diri dalam kelompok Top 5 terbaik usai setiap kali persembahan konsert Gegar Vaganza!

Sejauh mana Elly Mazlein mampu bertahan? Apa pendapat anda??





1 Komentar:

Write Komentar