Sabtu, Oktober 22, 2016

Berpisah Jua Menanti; Elly Mazlein Sakit Lagi?!



Cabaran Elly Mazlein dalam Konsert Minggu Kedua Gegar Vaganza 3 ialah menyampaikan lagu Berpisah Jua yang mempunyai high note yang mencabar kredibiliti vokal seseorang penyanyi. Selain itu, emosi lewat bait-bait lirik yang penuh makna dalam lagu ciptaan sepenuhnya oleh Asmin Mudin ini juga memerlukan penghayatan yang sempurna.

Persoalannya mampukah Elly Mazlein membawakan Berpisah Jua dengan sebaik mungkin? Elly Mazlein dalam Konsert Pembukaan Gegar Vaganza 3 mengalami masalah kesihatan sehinggakan sedikit menjejaskan persembahannya ketika menyampaikan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan.

Menerusi laman sosial Instagram, Elly Mazlein, siang tadi meminta para peminat dan penyokongnya mendoakan kesihatan dalam sebuah gambar yang dimuat naiknya.

Rata-rata followers dan netizen mendoakan kesihatan Elly Mazlein, supaya dapat melakukan yang terbaik ketika menyanyikan lagu Berpisah Jua dendangan asal Ziana Zain.

Buat Elly Mazlein, semoga cepat sembuh dan do your best! #teamelly