Isnin, Oktober 24, 2016

Berakhirnya Viral Drama Patahnya Sebelah Sayap; Ada Netizen Gelar Karya Cedok Korea?



Malam ini sudahpun bersiaran episod akhir drama bersiri yang menjadi viral sejak kebelakangan ini di Slot Samarinda, TV3. Ya, drama Patahnya Sebelah Sayap.

Drama ini dikatakan mempunyai plot yang mirip dengan drama Korea. Malah, tidak kurang juga yang menyindir mengatakan peminat drama tempatan terlalu taksub dengan Patahnya Sebelah Sayap, sedangkan karya itu karya 'cedok'! Bukan Muz yang kata tau, salah seorang daripada netizen di FB.

Asalnya nak juga membidas, tapi malas! Karya adaptasi, atau pengubahsuaian plot cerita memang ada di mana-mana. Sama ada berlaku dengan persetujuan dua pihak atau kebetulan, satu sahaja yang perlu diingatkan, bukan semata-mata skrip sahaja yang menjadi tonggak kejayaan sesebuah karya seperti drama Patahnya Sebelah Sayap ini!

Hebat macam mana pun skrip, tetapi pengarahan hancur, pelakon kayu, editing ke laut, muzik entah apa-apa, pelakon pembantu hidup segan mati tak mahu, montaj kuno, OST lagu purba kala, promosi pakai satu sahaja... Ingat drama tu boleh meletop ke?

Telenovela Filipina ambil cerita Sepanyol dan Korea. Drama Korea ambil cerita Sepanyol tu semua dah biasa. Cuma Malaysia sahaja baru nak berjinak ke arah itu, contohnya Memori Cinta Suraya dan Lara Aishah. 

Apapun tahniah kepada produksi Patahnya Sebelah Sayap. Bagi Muz, karya ini hampir sempurna. Tonggak tiga utama, Aeril Zafrel, Ummi Nazira, Izzue Islam memang terbaik. Watak-watak pembantu sangat berkesan dan hidup lakonannya.

Muzik latar dan OST yang best dan kena! Dan kata-kata lewat suara Ummi yang gemersik pada momen akhir drama Patahnya Sebelah Sayap tentang makna sayap dan terbang, simbolik hidup dan ujian, memang suatu pengakhiran yang indah!

Tahniah, team Patahnya Sebelah Sayap!