Ahad, Oktober 16, 2016

Bekas Gitaris Kumpulan Kristal Maut Kemalangan



Bekas gitaris kumpulan Kristal, Hairyfitri Ahmad, 33, maut dalam kemalangan di Kilometer 30, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, berhampiran Perkampungan Orang Asli Genting Peras, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Othman Basri berkata, mangsa yang juga pembantu tadbir GiatMara meninggal dunia di Hospital Ampang, dekat sini ketika mendapatkan rawatan.

Katanya, dalam kejadian 11.35 pagi, Hairyfitri menunggang motosikal dari Ampang. Dia berkonvoi bersama beberapa rakan untuk makan roti canai di Kuala Klawang, di sini.

"Dalam kejadian itu, motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

"Mangsa merempuh kereta di hadapan dan tercampak atas jalan," katanya.


Beliau berkata, Hairyfitri dibawa rakan-rakannya ke Hospital Ampang dan meninggal dunia ketika dirawat. - Metro

1 Komentar:

Write Komentar
MG schmidt
AUTHOR
16/10/16 8:56 PTG delete

innalillah..semoga roh nya dicucuri rahmat

Reply
avatar