Sabtu, Oktober 01, 2016

Batal Nikah; Fara Fauzana Akui Sedih!



Fara Fauzana akui berasa sedih dengan kejadian yang terjadi (pembatalan pernikahan pada saat akhir). Namun bagaimanapun, beliau cuba sedaya upaya untuk tidak berterusan bersedih dan meneruskan kehidupan sebaik mungkin.

“Saya cuma nak orang tahu adalah sesuatu yang normal untuk kita berasa sedih. Kalau tiada rasa sedih, maknanya kita bukan seorang manusia atau seseorang yang tidak berhati perut. Namun begitu saya cuba untuk mengatasi perasaan itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Saya juga masih seperti dulu kerana tidak boleh berterusan hidup dalam keadaan negatif” katanya kepada Berita Harian Plus.